senja makin lembayung, angin senja meniup malas bagaikan malasnya juga rasa hati ku buat beberapa ketika ini, entah aku sendiri bagaikan amat bingung kenapa situasi sebegini terus melanda rasa hatiku yang semakin sepi...sememangnya aku juga malas hendak melayan perasaan hati ku ini, tetapi apakan daya aku masih tak mampu melupakan segala kesah suka duka yang berlalu, namun aku agahi juga melawan perasaan yang terpendam dalam hati ku..
angin meniup malas tidak serancak hari hari berlalu yang meniup kencang, suasana hening dan sunyi sepi tidak kedengaran apa apa pun kicau burong senja di hujung ranting pokok pokok yang rendang di pinggir teratak usangku ini.
entahlah aku sendiri agak keliru dengan keadaan sebegini, hatiku masih ingat padanya, tetapi aku tahu dia tidak lagi menyayangi ku, bukan seperti beberapa tahun lalu kasih dan sayangnya amat setia buat aku, tetapi setelah kami pulang kepangkuan keluarganya di kampung halamannya itu, bermulai dari itu aku mula terperasan yang mana tingkah lakunya mula berubah, kasih dan sayangnya terhadap diriku semakin dingin m yang mana empat tahun berlalu dia berkata tak mahu lagi hidup bersusah payah dengan aku, aku sedih dan pilu hati ini apabila dia benar benar mahu berpisah dengan ku, walaupun amat berat untuk aku menerima hakikat sebuah percintaan itu, akhirnya aku akur juga dengan suratan ilahi.
namun hatiku tidak dapat untuk melupakan juga walupun aku mencuba berulang kali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan